Search This Blog

Friday, April 14, 2017

TRIP BAJET KE LANGKAWI 2017 (2 HARI 2 MALAM)

Assalamualaikum. Salam sejahtera.



Okay ni nak cerita pasal trip haritu pergi Langkawi. Gerak Khamis malam and balik KL Sabtu malam.


Flight ticket dah beli awal2 dah (awal sebulan). Plan pergi sbb AirAsia ada promotion. So ticket ke Langkawi dari KLIA2 berharga RM49 one way, and balik pulak RM39 (or vice versa). So total RM88. Bayar pakai Maybank2U so campur charges, total byr RM92.12. Ok la kan? I count everything as a SOLO TRAVELER ok?



Day 1



So malam khamis balik kerja terus bergegas ke KLIA2. Flight pukul 9.20 malam. Dari KL Sentral ke KLIA2 dalam 30-40minit (tak tengok jam). By the way, frequency KLIA Transit ni every 30 minutes. And kena masuk gate 2 minit selepas beli tiket. Kalau nak terkencing sangat tahan dulu. Beli tiket dulu baru gi kencing. Sebab dalam gate tu ada toilet. Takyah gi toilet jauh2 dekat dgn Guardian KL Sentral tu. Kalau terlepas, tunggu lah lagi 30 minit. Lama. And because I travel weekday, so ERL sangat packed. Kena tnggu train kedua baru leh masuk. Tu pun tak dapat duduk. Ramai orang akan turun kat Putrajaya and Bandar Tasik Selatan. Lepas tu baru laaa dapat duduk.



So in the end sampai KLIA2 dalam 8.15 malam. Sempat la sebab dah check in online awal2 (boleh check in 2 minggu awal dari tarikh nak travel korang tahu kan) so taklah rushing sgt boleh makan jap kt KFC depan departure before boarding. Travel dari KL sentral naik KLIA Transit ke KLIA2 adalah RM38 something (kalau tak silap). Ni pakai kad siswa tau, kalau tak RM55. So make use of your kad siswa. A lot of saving here. Makan KFC pun pakai kad siswa. Memang la diskaun setakat berapa sen je, tp kerajaan dah bagi free so pakai je lah.
 


Kul 8.50 masuk departure hall, macam biasa bukak la tali pinggang jam2 rantai2 gelang2 (kalau pakai). Kena mention, sebab selalunya orang2 yang tak bukak ni la melambatkan orang lain kt belakang. Hahaha no offence. Dah masuk, duk duk dulu lepak jap. Pergi kat gate kasi akak kat kaunter tu boarding pass (print siap2 kt rumah) untuk dia koyak. Pastu tunggu turn masuk, and masuk and...bye bye KL~~ Additional info, kalau nak pilih seat tepi nak tengok luar, elak beli seat dari nombor 17-22 sebab nanti tengok bawah Nampak sayap kapal terbang je. My seat is row 23 and 24.  



Sampai airport Langkawi pukul 10.40, patut 10.30. Sebab pilot tadi tunggu turn isi minyak, kena beratur before boarding. Bukan isi minyak kereta je k beratur. Tapi bila dah delayed sikit, dia akan bawak laju. So masa sampai takkan lambat sangat. Plus minus 15 minit je. Cool kan? Haha



Sampai2 airport Langkawi abang kereta sewa dah tunggu kat parking luar Marrybrown. Yang kereta sewa ni pun dah booking seminggu awal. Ok butiran seperti di bawah:




Viva Auto


RM110 untuk 3 hari 2 malam (49jam)
*rugi sikit sebab sebenarnya kitorang sewa 2 hari 2 malam je tak sampai 49jam sebab sampai sana dah malam kan so rugi 1 hari and pulang pulak pukul 8 malam so rugi lagi 1 malam dengan kereta


Kalau sehari RM70
*so kalau nk sewa 2 hari pun dah RM140 that's why ambil je lah harga 3h2m tu.
Minyak 2 bar (tapi nak pulang isi  balik level yg sama)
RM10 (caj pickup malam buta. Kalau sabtu ahad takpe dia x caj utk malam selepas pukul 8 malam)


Total = RM120
Deposit = RM100 (dapat balik lepas pulang kereta)


Contact: Encik Hanafi 011-10108985 (sangat friendly. Nice dealing with)



So right after dapat kereta, terus pergi motel kat Pantai Chenang. Motel ni 5 minutes walk je dari Pantai Chenang. Boleh nampak dari tepi jalan tapi nak masuk tu dia kedalam sikit. Nampak ada satu pondok teksi kat tepi jalan, terus belok kiri jalan sempit. Booking kena bayar deposit RM50 untuk satu bilik seminggu sebelum. Tapi kalau korang nak pergi time peak season, booking lah 2-3 minggu awal. Kalau walk in memang penuh. Haritu ada minah salleh nak walk in hari Sabtu takda bilik sian dia, padahal tak peak season pun. Ade jugak motel lain yg lagi murah tapi taknak terima check in malam. Max sampai pukul 10 mlm je. Tapi motel ni mmg lah sangat flexible. Korang boleh check in pukul berapa korang suka. Details as below:



Chenang Lodge Motel


Pandangan dari luar. Bilik 203 tu ha tingkat 2 pintu paling kiri dalam gambar atas ni.
Ni ruang parking. Actually lagi besar. Tepi tu ada la tempat duduk kot nak ngeteh makan kacang malam2 ke.. So boleh nampak blok ni ada 4 tingkat.
 Ni bilik sebelah 202
 My room bilik 203. Cantik kan? Not bad laa untuk harga yang murah.
 
1 double bed + 1 single bed (nombor bilik 203)
RM60 satu malam *sebab booking awal and bodek2 akak tu dapat la diskaun RM55 satu malam. Nak bodek pun agak2 la kalau peak season paham2 la sendiri. Maybe harga peak season lain. That one korang kena tanya sendiri akak tu. Akak ni super baik melayan kerenah orang. Ni gambar2 ni dia yg bagi before booking. Bagus kan?


Fan only. Bilik aircond lain harga.
Check in 2 petang check out 12 tengahari
Towel and bath soap provided. Hanger and wardrobe pun ada. Depan bilik ada tempat sidai tuala ke baju basah ke so veryyyy convenient.


TOTAL = RM110
Deposit = RM50 (masa sampai tinggal bayar lagi RM60 je)


Contact: Siti Suhaila 012-4208795 (yang ni superrrrr friendly)



So masa untuk tidur..goodnight~~



Day 2



Pagi2 dah bangun untuk pergi island hoping. Pakej RM30 beli dekat motel ni jugak. Pagi2 pukul 8.30 tu turun lah bayar kat reception bawah. Akan ada akak naik van putih datang ambil depan motel dalam pukul 8.50 so get ready siap2 ok jangan lambat nnt kena tinggal. Van ni akan ambil pessengers dari hotel2 lain jugak. Dia akan bawak sampai lah ke jeti. Jeti apa taktau.
 Ni jeti bot2 yang nak ke island hoping tu. Ramai dah orang pukul 9 pg ni.

So sampai jeti dalam kul 9. Akan diberi sticker putih untuk tampal kat baju. Then akan ada orang ambil gambar kita pakai camera DSLR untuk buat gambar kt piring tu. Kalau taknak takpe. Kalau nak, senyum la cantik2 haha. Anyway sampai2 pakai sunblock dulu. My sunblock as below:


RM35.80 harga member beli kat Watson. So pakai lah kad Watson.



Okay ada cadangan yang bermanfaat. Beli sarung transparent phone waterproof yang ada tali. So sangkut kat leher and phone takkan basah time nak mandi2. Or takut terjatuh time nak ambil2 gambar atas bot ke. Beli kat Daiso atau Komonoya. Boleh touch skrin dari luar. Nikmatilah pemandangan masa naik boat ni. Abang boat ni pun baik. Friendly. Truly Kedah gitu. Nak sampai Dayang Bunting dalam 20 minit.
The best picture taken. Pakai iPhone 6 je. Perasan dah cantik sangat lah tu hahaha.



So first stop ialah Tasik Dayang Bunting. Masa diberi sejam kat sini. Kat sini masuk kena bayar RM3 (atau RM4 sorry lupa). Bawa IC kalau tak kena harga foreigner RM6 (kot tak ingat sorry kalau salah). Kat tasik ni kena jalan naik bukit bertangga. Kalau bawa orang tua maybe penat sikit lah kesian lah dorang kena panjat tangga. Pastu kena turun bawah baru nampak tasiknya. Kat sini aktivitinya ialah swimming, kayaking, naik itik kayuh tu atau naik autoboat. Sewa life jacket RM10 (atau RM15 tak ingat). Kayak pulaK RM25 tak kisah berapa lama. Naik itik tu RM30. Boat automatic tu maknanya takpayah kayuh, control pakai gear macam kereta tu. Yang tu RM45. Harga boleh tawar sebenarnya pandai2 la korang cakap elok2 kat abang2 tu. Tasik ni actually mcm scary sikit. Sebab dia bertakung kan air dia mmg hijau yg tak nampak dasar. Ada je budak2 terjun2 kat sini. Kalau tak pandai berenang better takyah kot sebab Nampak sangat dalam. Ada jugak dua macam kolam yang kita boleh mandi dalam tu dia terapung la. Air tak dalam. Ada satu kolam budak kecik and satu kolam dewasa.


Kanan kecik tu boat.
Sana tu itik2 gedik tu. Yang oren2 depan ni orang bukan itik.



Selesai kat Tasik Dayang Bunting, naik bot balik pergi tengok Eagle feeding dekat Pulau Singa. Eagle ni dia dengar bunyi enjin bot je dia dah keluar dah. Abang bot ni akan baling ayam mentah kat air tu pastu eagle2 ni terus lah kerumun. Sangat banyak! Ada warna merah ada warna putih. Yang putih dia panggil Sea Eagle. Yang merah Land Eagle ke (eh pandai2 je, lupa lah!)






Then mandi mandi or snorkelling kat Pulau Beras Basah. Nak sewa alatan snorkelling kat abang bot tadi je. RM15 dapat goggle and benda alah untuk nafas tu. Boleh bawak bincang abang ni. Borak2 dapat lah diskaun RM25 utk 2 set alatan2 tersebut :) Bayar kat atas bot je. Barang2 tinggal je dalam bot abang tu jagakan. Alhamdulillah takda la benda or duit hilang.
 





Hujan skejap tapi still mandi jugak. Kalau nak tengok banyak ikan boleh gi kat tiang2 bawah jeti tu.




Habis mandi2 kat sini, kitorang pun balik semula ke jeti. Sampai jeti dalam pukul 12 tengahari. Sampai2 je gambar kat piring tu dah siap dan dijual dengan harga RM10. Not bad laa kalau  gambar cantik beli lah buat kenangan. Lepas tu, naik van semula dia hantar sampai ke motel. Tapi tak terus balik motel, kitorang pergi makan nasi ayam RM5. Ni atas cadangan akak van tu dia kata sedap. And...memang sedap! Restoren tu terletak tepi jalan je. Ada satu kedai tu je jual nasi ayam tengahari. Nama kedai tak tengok pulak. Ada jugak dia jual makanan lain macam bakso dll. Habis makan, balik motel jalan kaki 5 minit. Dekat je motel tu dengan kedai2 makan kat sini so senang kan?


Sampai motel mandi2..rehat jap. Ingat nak tidur tapi excited sangat so tak tidur pun. Pukul 3 kitorang keluar balik tanpa arah tujuan. Pergi isi minyak dulu kat pecan Kuah. Stesen minyak dia nama Buraq, first time jumpa haha. Kat Pantai Cenang tu memang takda petrol station so kena Waze and jumpa kat Kuah. Dalam 10 minit perjalanan dari motel je. Habis isi minyak..dapat idea pergi Tanjung Rhu. Sebenarnya plan asal nak pergi naik cable car kat Gunung Mat Chincang tapi TUTUP! for maintenance. So sila call dulu Tanya bukak tak cable car. Nombor kat bawah:


Panorama Langkawi 04-9594225


Bila tak bukak terpaksa tukar plan. Makanya sampai lah ke Tanjung Rhu. Perjalanan dari petrol station Kuah ke Tanjung Rhu ni ada la dalam 45 minit. Kalau tengok peta bawah ni Tanjung Rhu ni di bahagian utara Pulau Langkawi ni. Quite far tapi..
Image result for langkawi map


...berbaloi pergi! Sebab sangat cantik dan tak ramai orang. Macam private area tapi indah ya amat. Banyak la mat minah salleh sun tanning kat sini pakai bikini. Haha. Sampai2 je singgah ada satu kedai makan kat situ. Dia jual tiket mangrove tour dengan harga RM50 SAHAJA (selalu RM70). Kalau nk beli, beli kat sini. Ada meja kaunter kecil kedai nombor dua paling hujung belah kanan kalau datang dari jalanraya. Kalau dari pantai, kedai nombor dua belah kiri. Kedai cat warna kuning. Disebabkan kitorang nak mangrove tour esok, so kitorang deal dengan dia kitorang dtg balik esok. Mangrove tour start pukul 10 pg esok so kena dtg around 9.45 pg.


Tada! Ni pantai dia!


 Tengah ni macam ada batas sepanjang 100m yang air sangat cetek. Disebabkan percantuman dua ombak. Sebab tu air kat tengah tu cetek. Padahal belah tepi kiri kanan tu dah dalam dah. Hati2 berjalan takut jatuh terus lemas taktauuuu.


Ok nak pesan. Pasir kat sini sangat jerlus. Tepi pantai nampak macam cetek. Tapi skali masuk terus terbenam kaki sampai ke betis. Which is bahaya untuk budak2. Memang takda budak2 mandi pun kat sini. Yang Nampak hanyalah mat salleh yang mmg dah pandai berenang kot. Yang lain duk sun tanning je. Orang dewasa nak mandi pun hati2 mmg dalam air dia. Kitorang bawa tikar dan payung sebab sangat panas. So berkelah jugak lah. Saje duduk tepi pantai tengok orang. Buat istana pasir. Main timbus2 badan. So fun sebab tak ramai orang so tak malu. Habis lepak kat sini, balik motel. Kepenatan dan kehitaman sudah. Balik hotel rehat mandi bilas baju sidai kat luar and tidur. Get ready untuk keluar malam pulak.




Malam pulak kitorang pergi Dataran Lang untuk ambil gambar. Terletak kat jeti Kuah. Park je kereta pastu jalan kaki.


 Tak sah la pergi Langkawi tak ambil gambar kat sini.


 Best picture taken! Perasan lagi skali haha. Actually pergi malam lagi cantik dari siang. Lampu ni buat helang tu nampak superb!


Dah pukul 9.30 mcm tu, tempat paling happening is sekitar Pantai Cenang. Sangat meriah dengan orang berjalan kaki tepi2 jalan and banyak kedai2 jual baju cenderamata semua. Makanan kat Pantai Cenang ni sangat mahal. Even kitorang makan kat warung pun RM10 untuk nasi goreng. Then balik motel tidur ~~


Day 3




































































 

































1 comment:

  1. Kambi Online Casino | 100% Welcome Bonus
    Play your favourite games online on 1xbet Kambi casino with us! Our game library is diverse and varied, allowing kadangpintar you to play 제왕카지노 all your favourite

    ReplyDelete